Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU15 kerana kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) akan membawa lebih banyak mudarat.<br /><br />Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang.
